Friday 21 December 2012

Tewas

Tewas.

Ya, aku tewas.

Ku persiapkan diri dan menyusun pena di kiri dan kananku. Pemain muzik diletakkan jauh. Buku dicapai. Saratoga (selimut tebal, untuk musim sejuk) menghangatkan tubuh. Helaian demi helaian diselak. Baris demi baris direnung. Minda cuba mencerna maklumat. Tapi.... tumpas. Tewas. Aku tewas. Seolah olah akur dengan nafsu nakal yang galak membisikkan hasutan hasutan tidak diingini. Seolah olah terasa celak syaitan dipakaikan pada mata. Berat. Mata kian memberat. Buku yang terbuka, terus terbuka tatkala mata tertutup. Sedihnya keadaan itu, tapi hakikat tetap hakikat, Diri lena dibuai mimpi indah. Rasa asyik, tenggelam dalam nikmat tidur itu. Terjatuh langsung ke dalam perangkap kemalasan. Wahai diri, bangkitlah. Bangkit.

Ugh, agak dramatik kan?

Hahaha. Yeah, I know. So corny but just be it. It is my blog anyway. And Yan's too.

Assalamualaikum.

Aku tahu yang aku dah berzaman tak update.

Just so everyone knows, I AM SUPER BUSY.

OKAY, I EXAGGARATE MUCH.

After beberapa request yang suruh aku update, now, here I am. Puas?

Well, here's the real deal. I just got wifi at my super comfy house.  Thanks to everyone who makes this an absolute reality. Alhamdulillah, thank you Allah for this blessing.

Kepada Liyana, aku gelap time musim sejuk rupanya bukan sebab burn tapi sebab kulit aku kering lalu mati lalu membawa transformasi ke arah pigmentasi yang agak gelap sedikit. Begitulah ceritanya.

Ya Rabb, memang banyak aku nak cerita tapi aku malas nak tulis la semua apa jadah ni kan?

Sekarang, aku agak meroyan. Minda aku agak celaru. Mungkin aku kurang dekat pada Tuhan? Mungkin ada lagi yang kurang? Aku jadi was was. Aku tewas pada nafsu. Sungguh aku tak tipu.

Sebenarnya, 13 Jan aku kena exam. Midyear weh. Dan aku kalah pada nafsu. Nafsu tidur terutamanya.

I mean, you know I take medicine. And even Einstein said, " I have no special talent, just super curiosity " Well, I'm not really sure if he really said that. Just a quote I've listened of.  Well, the point is, we need to have something to motivate ourself to success. Ugh, oneself must strive before one deserve to thrive.
The problem is, the exam is not so far away, and I , hemm, I doubt myself. Everytime I open a book, my eyes would close. Like? Hell? Ugh, Why I am so lousy. Darn weak.

Ya, aku kalah pada nafsu. Tidur tidur tidur. Padahal aku pernah baca buku Rabiatul Adawiyah. Dia kuat beribadah. Jarang tidur, Sebab ada satu kali tu , aku baca dia tulis gini gaya " Masa suntuk, lepas ni kan akan tidur dengan lama (mati) Jadi mengapa dikejar tidur sekarang? " . Haa, dia tak cakap ahh sebijik gitu. Aku kang jadi mcm fitnah pulak kalau salah ye dok? Tapi ni benda baik. Aku rasa buku Rabiatul yang tulis ala ala ni? Aku konpius pulak.  Haaa, tengok? Tak ingat kaan? Hem. Tapi yang pasti, rasa macam lembik gila laa kan kalah pada nafsu. Bilanya aku nak menang dalam jihad melawan nafsu ni?

Lepas tu, aku stress. Subjek tak banyak. Tapi aku macam pressure. HAHAHA.

Oh yea, aku bukan nak merungut ya? Don't judge. But by writing, I feel better.

Sekarang ni aku kena pegang dengan prinsip ni.

" Semua ni Allah yang rancang. Apa perlu aku gentar?"

"Allah puts me in this. Then He would get me through this"

"Keep faith in Allah. Less hurt, more heart. No leave but love"

"Ya Allah, kau kuatkan lah aku. Kuatkanlah."

Hemm, I don't know. I am just like super incredibly lazy and I HATE that.

I'll try my best in upcoming exam. Wish me luck.

Semoga aku menjadi rajin.

Tuesday 18 December 2012

Hiasan Hidup



I stilLOVE my Life !

Assalamualaikum. 
 hai Ya Allah lama gila gila lama dah tak hapdate belog ni. Berhabuk -,-
and mostly Raudhah had conquer the posts.
eh baby, dah lama kan kita tak active hapdate mcm dulu. dulu kalau bole semua bende nak cerita. hem yelah masing masing dah busy. awak busy kita kita pun lagi busy. hee. aak kat Mesir mcm mana ? Sihat ? Skrg tgh musim sejuk kan ? Tapi kenapa awak ckp awak makin hitam ? Alolo (:

eh baca sini kita nak cerita archi life yg lifeless yg seksa hidup jiwa raga batin ni.
kat sini kan semua org nmpk hebat. i was like seriously aku dpt course ni, yg mmg semua hebat hebat ni. semua nak tunjuk power in design, drawing. hemm. standard lah kan. kita kat sini siapa je, dah lah budak pure sains, tiba tiba sesat nak masuk archi. dah lah tak sedar diri kene attack habis habisan dgn lecture seri iskandar dulu time interview sebab tade basic. hahaha

Bende paling tak berapa nak suka bila lecturer nak ckp ni * k so now we're gonna continue our next project tomorrow* padahal previous project pun taksiap siap lagi. tension. and disebabkan tu kita tade nak hangout ke, nak lepak2 ke. tahu tak jealous bila tgk budak2 course lain sempat hangout overnight bagai sedangkan kitorg kat sini duduk terperuk dlm studio siapkan assignment. entah ada apa dlm studio tu entah haha. and sebab tu lah ramai ckp budak archi sombong sombong sbb taksuka bergaul dgn orang lain. k foineee !

Raudhah tahu kan uitm dkt dgn utp. utp kan ada Aliah, Botak, Aili, Azrul, Syafiq, Farihin, Boyer. and till now kita takdpt taksempat jumpa lagi dorang semua. haih sedih sgt lah ): 
Tahu tak dah banyak kali kita plan nak keluar dgn Aliah but on the spot cancel mcm tu je sbb kita! Tetibe assignment yg baru je dpt kene submit minggu tu jugak, hemmm

kat sini dah almost 4 org yang quit. sorang lagi extend next sem. ada yg sorang ni mcm nak quit tapi still tough. and ada sorang ni lagi dah decide nak extend subject Design sbb awal2 dah tahu fail subject tu. hemm tak patut kan. kita taktahu lah Raudhah. kkdg penat pikir pasal ni. Ada satu assignment ni mmg bole buat kita menangis hahah ! buat final project for design drawing mmg kaw2 ah.  kawan kita ada yg nak muntah tgk drawing tu sbb dah fedup sgt haha over tak -,-

and for Design Appreciation, tadi lecturer sume dah judged our work. Lantern project. Tahu tak Lantern tu apa ? hahaha lol !
sumpah lega sangat sangat. and this friday ada final review. lecturer acrhi dari uitm shah alam datang nak bagi marks kat kitorng. and marks tu lah akan tentukan pointer kita mcm mana. err serammm -,-


Ni hasil Lantern kitorang (:


Awesome !




tapi kita taknak show off lah kita punya. segan ah takcantik pun :p


okayy Raudhah gotta go. awak update lah pulak. btw jaga diri dkt sana. orang Arab ganas ganas tau. 
 imissyouuuu :*

from : liyanasuhaimi





Monday 13 August 2012

Hati ini

Assalamualaikum. Hello semuaaaaaaaa !! *crickets*

Tak perlu nak semua sangat lah kan? Entah siapa je baca post ni. Entah entah aku je baca ni haaa. Huhu. Tajuk post, hati ini? Tiada kaitan harap maklum. Sekadar menggedik sebelum bersiap ke tempat kerja. So, yeahh. A quick update here.

Firstly,
I am working. I kinda fancy it. Photos, wait for it. I'll upload.

Secondly,
I found out from Najwa and Amalina that it really hurts to like somebody. And I agree with Saidatul Nana, that it feels like it is my fault to have this 'I-had-a-crush-on-somebody' feeling first.

Third,
I had iftaar with my ex schoolmates yesterday. Madi and Jidin. But, kinda sad without the others. No Timah. No Ckinggg. Next time, maybe? InsyaAllah.


Iftar semalam agak mencekik darah. Patut kita bawak bekal. K over.

Jidin dan Madi yang sengal. Sayang dua dua. Thanks Madi bagi hadiah. Sayang awok lebih. Haha.


Fourth,
Yesterday is my cute Syer's birthday. And I didn't wish her. A bad friend I am. I was going to. I wanna be the last to wish her. Belated also can ehh? HAHA. I accidentally fell asleep early yesterday. Sorry Syer. Next time, I won't try to be the last. I tend to sleep. Heh.

So Syer,



" Thanks for always be there for me. Hope we would be friends till jannah. I hope we both succeed in life. I love you, always remember that. Hope you did your best at your place. Always be happy. Be a great girl, a good daughter. a true friend and of course a reliable and awesome muslimaah. InsyaAllah.  Alhamdulillah, you're eighteen now. Be proud. Go smoke in public. Go clubbing. Kay, kidding. Don't do such things. Take care and don't let your smile fade from that cute face "

And I need to get ready for work now. Till next post, tata. Love, me. 

p/s: I'm fat and I knew it *belly dance*

Sunday 29 July 2012

I felt so left out

Salam. Salam Ramadhan guys.

OH MY, I AM EMOTIONAL. SO THAT MAKES, THIS IS ONE EMOTIONAL POST.

I FELT ABSOLUTELY LEFT OUT !

OKAY, I LIED.

Put the story short, my classmates, I mean, ex classmates actually had their iftar together. And, I am jealous. Well, that's all. Hmmm. I don't know. It is a stupid thing. I'm being all dramatic. Like " Oh my oh my, I am so jealous" ,  " Huuuuu, how I wish I was there with them" or even " I WANNA GO TOO!!!!!!

Well, at first, Aiman whatsapp-ed me. Telling me that he is at Mid and found some of the classmates. Then, I felt jealous. I wanna meet them too. Then, Zahid uploaded some of their pictures into the Ad-Dinawarians Group. Okay, kinda jealous. And then, Ayuni actually made an album of their so called reunion. MAJOR JEALOUSY.. Hihi. Yup, Imma jealous type. 

So here is some pictures I actually STEAL from Yunie's album.

And these four sweet ladies are Dayah, Fieqa, Yunie and Nad. All of them are from UIA. Whoa!! UIA okay? Hihi. 


And those girls with the others. From left is Daniel, Zahid and Aiman. Daniel is now at UM, same class with Fitri, Then Zahid now is at Uniten, He sells phone. And Aiman now, studying at UTP.

 And that is Kosong, or his name is Hafiz. He is not my classmate tho. And again, Daniel and Aiman. Daniel is a great tennis player, and he got dimples. Cute aite?

You know what? They did not plan this. They met by accident. I find that is something very sweet, This is not "luck" but Allah's "Will". In this holy month of Ramadhan, they met and had their iftaar together, strengthening their bond of friendship.

The title "I felt so left out" , I lied. I am jealous. That's all. I am jealous because I care. 

And I can't attend to the most glamorous event of the year, that limelight event of #IftarMRSMMuadzam0711 . And I missed this iftar. Well, I'm fine except for the fact of the overwhelmed jealousy. And yeahh, I'm okay. 

Oh, I got my license already. And I only need to take that test once. Alhamdulillah. I always imagine myself failing. 

And, yeahh. Hey ex classmates. Miss you guys. At least while on the phone, I could heard you guys were chatting. Yeahh, I could imagine the situation as if I was there.

Much love, me. Till Jannah I hope you guys would be blessed. Amin.

"You can't claim love towards other Muslims if you didn't even make du'a for them"

I kinda, a lil bit, had this tiny feeling of missing my homeroom and classmates. 

Monday 23 July 2012

#RamadhanDiMRSM





Apa motip duk printscreen bebanyak page Twitter yang ada #RamadhanDiMRSM ni? Sebab, rindu. Lawak jugak tengok apa yang diorang tulis. Budak laki lah especially. 

Puasa kat maktab. Guna tray. Ada tudung saji warna warni. Men cop cop meja. But before ada tudung saji tu, kitorang bungkus tray pakai surat khabar je. Hee. Outing ke bazar boleh kata hari hari jugak la. Nak ikut blok tu, macam... kekadang je. Hihi. Time form five, buka puasa, duduk dekat dengan meja warden tu harus. Sebab kalau diorang dah blah je, lelaju kitorang amik ayam ayam lebih la, jag air yang berais tu, dan jugak kuih segala yang ada atas meja. HAHA. Agak selokk di situ.

Ya Allah, kalau sahur, aku agak aktif laa. Si Pikah cakap aku pelik, pagi buta mata luas je celik, time after isyak kat prep, mesti muka macam nak mampus. So, tidur, Tak kira lah puasa tak puasa ke, Sama. Time sahur, baju pelik pelik. Kisah apa, asal sahur, makan, balik. Tu je, Dengan baju tidur pun jadi je pergi kekadang. Tudung sehancur hancurnya. Budak laki punya lah berkain pelikat semua. Teringin jugak aku pergi berkain batik je, tapi risau takut takut terlondeh. K tipu, tak bawak pun kain batik gi maktab.

#RamadhanDiMRSM waktu Form Three. Ya Rabb, aku amat sayang 305 sebab mereka amat sengal.
Kalau time perempuan outing, diorang semangat nak kirim, siap bagi upah lagi. Tapi kalau diorang outing gi bazaar, terus semangat tanya siapa nak kirim, and yess. Tanpa upah. Betapa baiknya lelaki kelas 305. Then, main tukar tukar nama makanan kat bazaar. Roti Boom. Hee si Aiman Zin, kalau nak kirim kat orang, mesti cakap nak Roti Boom Boom Pow, sambil nyanyi lagu Boom Boom Pow tu. HAHA, Lepastu, air soya jadi air soya santan. Sebab kaler putih kan? Aiman kirim kat Chua, air soya santan, soya santan taau? Si Chua dengan innocent tanya macik jual soya tu, saya tanak soya ni, nak soya santan. Lahaii. HAHA.

 Tapi kelas ni kalau bab makan memang gilaa ahh. Kau bawak kuih raya, letak atas meja, keluar kelas jap. Masuk je, dari penuh tinggal separuh. Nak nak si Epul tu haa.Kadang kadang kau bawak makanan, kau kat luar kelas dah dengar "terima kasihhh" kuat kuat. Haha. Takut nak masuk kelas. And, memang budak kelas ni, lepas berbuka, gi magrib, then gi kelas makan lagi, then after terawih makan lagi.Tapi tu yang seronok. Makan reramai. Gelak gelak, berebut rebut. Lubna time ni roommate aku. Hee. Fatin Laila sekelas ni, baru rapat ngan Lela (: Dulu suka tengok Madi gegedik ngan Azmi time bawak kek yang Madi buat tu. Pastu ada Boyer jugak, Syikin Zamri. Fikri,Pelamm. Ada Syeraah, Ada ramai ahh, Yunie, Husna yang memahami. K letih nak tulis semua. HAHA.Nasa,Reza,Bob,Acap. Ada Naduk, Lili yang ngengada. Hee. Ofc, ada si Fahmi and Hanis. Ada kawan baik si Doc ngan si Diva yang semangat bergaya ni. Bayor dengan aku time ni rasanya tak sempat sekelas.

Tapi serious. Amat rindu puasa kat maktab. Di mana perempuan bajet anak raja bak kata si Botak, sebab laki makan bersila, perempuan ada meja. Hee. Dengan tudung saji cecantik warna warni kat DS. Okay rindu. Sumpah best kat Maktab. Tapi tipulah kalau kata lagi best dari bukak kat rumah kan? Family is everything. Hee. Rindu itu ada dekat maktab, tapi yang lepas tu lepas kan? Biar kenangan je. Bila rindu, ingat, then senyum (: Happy Ramadhan.

Kawan Ramadhan

Ehh dah puasa.
I mean, Assalamualaikum, ehh dah puasa.

Kawan dan Ramadhan? Apa yang sama? Yang sama kalau kita niat kerana Allah, dapat pahala, okay. selagi berniat ke arah kebaikan, maka perkara itu adalah ibadah. Amal yang baik bermula daripada niat yang baik.

Hari ini, dah 3 Ramadhan. Tapi tanak cerita pasal hari ni. 

2 hari before puasa
Aku jumpa Fatfo (: Yes, selepas dua tahun yedakk?
Kitorang gossip, makan and so on. Well, aku tunggu dua jam seorang diri tanpa arah tuju sebab Fatfo ada masalah transport. Aku penat survey kasut, baju etc sorang sorang, maka menyinggah lah di tempat duduk depan Famous Amos. Bau kekonon glam biskut tu memang mencabar nafsu aku. Haha. Tapi aku malas nak bangun and beli. Aku sumbat MP3 sambill perhati orang lalu lalang.

*Phone rings* *Caller ID: Fatihah*

"Hello? Kau kat mana? "
"Depan Famous Amos laa"
"Aku LOST ni"

Okay, pelik ke sesat dalam ECM? HAHA. Fatfo ni dah lama tak balik Kuantan, so nut forget it shell (kacang lupakan kulit) laa dia. Tapi, aku pun sesat lepas tu. Hee. Jumpa depan Baskin Robin, memang ada aksi berpelukan kekonon drama. Pastu pergi KFC, si comel belanja. Hihi. Tp before tu pergi beli tiket cerita Batman. Bergosip kat KFC, tapi Ya Rabb kau tahu lah si Fatfo kalau bercakap. Aku rasa macam gosip tu, dia nak share dengan satu KFC. Tak boleh blah, aku nak amik gamba dia. Then, dia cakap, "Malulah, ada laki belakang kau, Nanti dia tengok" Tapi, suara dia yang bak ada amplifier dengan volume terhebat tu, maka laki belakang tu memang lah dengar kan? Haha. Lepas makan, carik Watson. Pusing pusing, turun naik eskelator, then jumpa Watson. Padahal tepi KFC tadi je. K bengang. Sesat dalam mall. HAHA. Nampak sangat buta arah. Then gi Zohor. Pastu time nak tgk Batman, beg aku buat hal tanak terbukak laa time nak bagi tiket tu. HAHA. Dah dia suruh ketepi sebab sekat laluan. Malu okay?

Dalam wayang. Si Fatfo, duk kunyah popcorn nonstop, Sedap sangat agaknya? Lepas tu, aku jadi konfius Batman ni cerita hantu ke apa? Si Fatihah tengok duk tutup tutup mata, main nyorok belakang aku. Heh. Aku pun usap dia tenangkan. Maka, kelihatanlah kami seperti pasangan lesbo paling romantik masa kini. Ciss. Lelaki sebelah aku pandang pelik. Lepastu, laki sebelah Fatfo macam menganjing. Tiba tiba, tengah tengah scene handsome si Batman, azan berkumandang. Ehh? Azan dalam panggung wayang? K, insaf. Tapi dari mana? Rupanya phone mamat sebelah Fatfo yang bunyi. Yup, mamat yang menganjing tu. Si Fatfo lak duk nganjing dia. Bisik kat aku gelak gelak. Sebab laki tu dari luar bersubang apa jadah semua. Never judge from how they look. 

Then, camwhore sikit sikit and aku pun kena balik (:



 Okay, ni lah aku bersama si Fatihah. Mata kiri aku sepet sebenarnya. Bengkak dalam proses nak surut lah kot. Aku ngan Fatfo nak camwhore lagi banyak, tapi malu lah kami in public, dalam surau lak tu. Hihi. Thanks belanja Kepsi, Fatfo (:

Esoknya, aku keluar gi TC. Dengan Syera and Athirah K. Makan aiskrim then jejalan kat pantai. Berborak borak. Lama dah tak jumpa kan? BTW, Syera dapat lesen dah. Congrats (: Kat pantai just ambik ambik gambar je. Kenangan kan? Hee. And si Athirah, semangat promote Neda, brand tudung akak dia jual. Sila usha sendiri link di bawah.
::
::
::
\/
http://neda-style.blogspot.com/


Sorry kualiti gambar yang agak brr ini. Hihi. Ni Athirah yang baju merah tu, and si kecil tu Syerah. 

Old schoolmates, new memories, forever friends.. insyaAllah (:





Apa yang aku nak cakap , even takde lah selalu contact mana pun kawan kawan tu, tak bermaksud dia lupa kita. Dan, tak semestinya kawan yang kita percaya dan sayang sangat tu, takkan lukakan kita.

"Everyone is gonna hurt you, just find out who is worth the pain"

Dan Ramadhan kali ini. Hambar ke? Tak tahu lah. Tapi yang pasti dah Ramadhan. Bulan yang indah. Alhamdulillah Allah pertemukan lagi.

Happy fasting everybody (:

Love, me.

p/s: Yan, oh Yan. Aku takde kredit dan malas berkredit.

Wednesday 11 July 2012

Missing you


Ni Syikin Zamri. Rindu dia. Enough said. 

Friday 29 June 2012

Birthday Shout to Fatihah






Semoga Allah memberkati (:

And also June babies.

Feeda Yunos (25)


Si katik, si serama. Okay minah ni, amat laaa mengada dan kelakar. Sempoi. Happy belated laa, since aku post ni after birthday kau. Semoga cepat tinggi macam kau wish kat aku. Hee. Aku suka gaduh ngan dia. Amat seronok. Haha. Harap dapat jumpa.




Maya Jubri (27)




Maya ni. Manja kot. Hee. Birthday dia memang susah laa tak ingat sebab dia 27 aku 28. Hee. Maya ni baik orangnya. Kalau haritu time cerita pasal sambung study. Maya amat memahami. And sory I curi gambar ni. Comel laa Maya pakai shawl.

Okay, tiga serangkai baby ni memang takleh lupa. Birthday dekat kot. So. June Babies, sorry I curi gamba you all. Hee. All the best, insyaAllah.

Love.Raudhah





Thursday 28 June 2012

Imma big girl

Assalamualaikum and hello (:

Hey there. 28th June. and so I'm all grown up. I could do illegal things I used to do before legally now (:

Thanks to my family who wished. Thanks my friends who remember and gave me a birthday shout and wishes. Thanks who called last night eventho I am sleeping already. Sorry okay? I sleep early sometimes. Hee. And Najwa is so sweet, she uploaded a picture for me. Hee. Picture of her holding birthday wishes for me. It's kinda insulting, the wishes were, but still so sweet. Thankyou babe for the effort (: And Nadhir too, thanks dude. Absolutely appreciate it. Both INTI student are so sweet to me during my birthday. Hee.

Guys, this is so sweet okay?

Najwa, so sweet. I appreciate this. A lot okay?

 And Nadhir also, so sweet. Both INTI students, so cute (:

Who texted me, called me, Whatsapp me, Tweet me, post me on FB. Thanks a lot. Love you guys. Hee.

I wanna mention those who wished me, but I am such a lazy girl to actually type all of the names. Thanks okay? Hee. Oh yeah. Who wished for my belated. Thankyou okay. I also appreciate it.

Ouh, I got that perfume that I wanted from KakTeh, thankyou baby :*

And Lutfi also, thanks for that vanilla body lotion and watch. And Syer, that bag. Of course! I'll treasure it as well as the shawl. Hee.

My family, my besties, my friends. 

Thankyou,

Allah, thanks for this another year. Thankyou (:

And really, it is not my day actually, thanks to Ibu who struggled to give birth to me. Thanks to my parents. Al fatihah.

Being another year older is the other way of saying " Hey, why not repent? Death is near. And it's something real"

Love, RaudhahAbdullah.Eighteen, who can smoke publicly and legally now. Jyeahh.

Tuesday 26 June 2012

Hari yang sibuk.


Assalamualaikum (:

Hari Sabtu haritu. Letih tau. 

9.00-11.30
Pergi Pekan. Shopping tudung and baju (:

12.00-2.00
Pergi wedding akak Syera

Rindu budak kecik ni. Hee. Haritu agak awkward since aku sorang je. Tapi terjumpa family Hilda kat situ. Huu. But all the best for her (: Semoga berbahagia di Taylor's. Budak ni pemalu sikit macam I laa. Hee.











2.15-5.30
Jumpa Lutfi. Tengok Brave 3D. Then berjalan kaki dari ECM pergi Tutti Frutti. Then makan kat Satay Zul. Lutfi and my sisters. He's paying. Wee. Then hantar Lutfi balik ECM balik.

Well, si self-obsessed ni agak mengada ngada. But, once you get to know him. He is one fine man. But, kena kenal amat mendalam laa kalau nak jumpa baik dia tu. HAHA. Amat pemurah orangnya. HAHA. Thankyou belanja. Lalala.









6.00
Abang Pideh balik umah. Duduk rehat rehat. Well, sebenarnya Abang Pideh balik sebab Kak Shidah nak mempergunakan dia. Jahat kann? HUHU. Gambar family tunggu raya laa, boleh pakai lawa lawa, Hihi

8.00
Keluar dengan family pergi ECM. 

In a nutshell, very tiring (:



And hari tu, budak matriks gambang text aku. Rindu si Madi ni. Hee. Bergossip.

Si Madi ni kalau bergosip macam Joyah. Hee. Rindu Minah ni. Aku suka gambar dia ngan Jidin ni. Nampak sweet, sebab Madi senyum baik je. Tade buat muka bengong dia. Haihh. Ouh, rindu si Jidin jugak.






  And Syera bagi aku hadiahhh *lompat riang*

Dia bagi beg dia jahit sendiri tu kat aku and shawl yang aku pakai tu. Wee. Thanks. Love it :*
Well, aku budak tudung bawal sebenarnya, tapi boleh laa. Shawl ni comel lagi pun. Terima kasih. Ilebiuu. Hihi.

Ouh, semalam saya keluar dengan Aliah. Teman Mak Re pegi Ariani. Bosan menanti Kak Teh, Kak Shidah, and Mak Re membeli tudung. Brr. Nasib baik Aliah ada. Tak boleh belaa aku pakai baju batch. Mana tau nak gi bandar. Semangat sekolah aku ni. Hmm. Yang pasti semalam belajar parking. Letih. Berketul lengan aku ni haaaa. Lagi besar dari biasa. Cisss.


Comel kan? Dia ada lesing pipit, Hee.
Tu je, #ThankYouBaca. Hee



Friday 22 June 2012

Kelas memandu


Salam and hi semua~~ Okay, semalam kan? Aku first time belajar drive. Huhu. Aku amat seronok HAHA.

Okay, aku siap lesen L aku tahun lepas tau. Bulan 12. Hee. Tapi sebab PLKN, aku tangguh nak ambil P. So baru sambung balik. Berapa bulan tu? 5 bulan gitu kan? So, yeahh, L mati. Melayang RM30 nak hidupkan balik And so, semalam amat seronok. HAHA. Belajar dengan Abang Zali. Dia lawak and sempoi.

" Nama abang, Zed. Zed Zaidi tauu. Apa nama abang? "
"Zed..........zaidiiii....." , jawab aku dengan malas.

Antara komen dia

" Kau jangan buat kering sangat boleh tak?"
"Kering apa bang? Tak paham?"
" Muka tu, tade feeling. Hati kering je kau tekan minyak ae? Kau pikir ni Litar Sepang? "

Dan juga:

" Harini kita belajar basic bawak kereta ya Raudhah, bukan belajar drift"

Dan juga:

" Mak aiii, semput aku naik kereta dengan kau. Jangan tekan minyak selalu laa"

So maybe aku bawak sedikit laju. Well, sikit je. And, mati enjin pun ada la jugak bape kali. And, aku hampir langgar orang yang sama tiga kali. But still, aku pemandu yang berhemah.

Doakan kejayaan aku. Aku nak Range Rover sebijik. HAHA


Kelas.


Assalamualaikum. Hee. Ini gambar classmate saya.

Dua tahun sekelas. Bergaduh. Bergurau. Berkongsi. Bersama.
Aku rindu, betul. Rindu. Teman semeja, Yunie and Pikah. Bila pusing meja belakang. Az, Lelaa, Dayah.
Rindu Mal, Syazwan, Aiman. Cliche, tapi betul rindu.
Belajar dengan Nadzirah, gosip dengan Fatin Iz.
Bercerita dengan Iman and Anati. 
Emi, Jidin, Lah (:
Safwan, Aben, Daniel, Jan, Adhwa
Zahid and Amin
Yup, takkan lupa Alang kan?

Yeah, we might not be the smartest, the kindest ones. But we have this one memory we treasure. Or at least, I treasure it. I hope every one of them, would succeed, not only in this temporary life, but till Jannah. 
InsyaAllah.

Dulu aku agak annoyed bila sesetengah panggil aku wonderpet la, powerpuff girls laa, apa laa. Tapi, yang annoying tu agak melekat kat otak. Rindu woo. Bila sedih je, nangis kat Yunie dulu. Hee. Ada problem je, Dayah, Nad, Pikah, Diva dengar. Ohh, Mal, Syazwan ngan Aiman mesti dengar jugak. Hee. Terima kasih semua orang yang ada dalam kelas ni. Kalau sorang je tade, memang rasa lain. Tak tipu, sebab aku suka tengok orang.Dan , orang kelas ni ramai yang pandai jaga kawan. Hargai kawan.

Wahai kelas yang buruk, aku rindu kau. 
Wahai rakan sekelas. Mohon jangan lupa aku, Nak lupa jugak? Takpe la. Tak kisah (:


Bismillah and with loves,
NorRaudhahAbdullah

Wednesday 13 June 2012

My Rant

Assalamualaikum, hey. Raudhah's here. Seems like Yan would update a while later after her laptop in a tip top condition. I wanna rant. Since this is my blog, lemme just write what I want. Uuuups, This is Yan's blog too. Hihi.

First RANT : My unproductive life

Well, it seems my recent life isn't as productive as I want it to be. Hmm, okay, I'm grateful I'm still alive but yeahh, I mean. I should do something productive, like... like... hem, hem I dunno?

I just have to stop

 TWEETING

FACEBOOKING 

Lemme get this straight. I'm distracted. I'm addicted. HAHA. I am one lazy person and when I start to tweet, I kinda get lazier. Boohooo, so unfair to blame the twitter, It's me who seems to not know how to manage my time well enough. And I keep eating nowadays without any exercise. Now that's one very unhealthy lifestyle. I should change that. I really should. I got eyebags. I wanna sleep early and wake up early and feel fresh.

Second RANT : My future

As you all know, I only got six As in SPM and yeahh. That UPU thingy, we're over you know? I've been dumped big time, HAHA. Meaning? I didn't get anywhere. And yup for matrix, I didn't get that one either. Even after the 'rayuan' , I've been given no mercy. So, yeahh. I decided to go to Egypt for medic. This year, 4 September. Self-sponsored. Since I've been rejected, I felt like a major loser. So, I hope this is the best for me. I planned, but Allah planned the best. That's why I didn't get that UPU and Matrix. And yeahh. that Form Six, I got science course, but at Rompin and I missed the registration date.  Pray for me please? I hope for the best and this the least that I could get.

Third RANT : My family

Hee. I am annoying towards my siblings. But I do love them. Do you guys love the annoying me? *glittering eyes with innocent face* Hihi. I don't have 'kampung' you know? So this year we might end up to go to Temerloh during Raya. Hee. And recently I went to Bali with Ateh. Hiii. RF. I love you. Hikhik. And I hope my family would be blessed dunya akhirat. Aminnn.

Fourth RANT : My friends

I miss you all. I hope we all could meet up, and talk, and laugh, and do crazy stuff, and eat, and cry, and hug, and treasure each other.

Fifth RANT : My crush

Oh, I got a crush and my crush is you *pointing at crush* 

Fifth RANT : Myself

I wanna be an annoying and a better me.

p/s: Yan, when are you gonna update?
pp/s: I'll write about the Bali trip if I have the mood.




Wednesday 30 May 2012

Kenangan

 Hai, Raudhah ni.

Assalamualaikum semua. So, kenangan ya tajuk post? Agak poyo lah kan? Abaikan, sila baca kalau berminat. Terima kasih. Sudah lama tidak hapdet kan? Hee. Terlalu banyak membuang masa dengan perkara membuang masa yang lain. Oh, masa lalu itu amat jauh dari kita, selaju mana kita kejar, pasti tidakkan dapat kita genggam kembali. Ayat aku nak berjiwa jiwa aja, Salah Janji Kita, lagu Spin tu. Hee. Oh ye, aku dapat kawan baru kat Twitter, nama dia Katik. Dia kawan Feeda si Serama. Omaii. How suweeeet. HAHA. Okay, aku sebenarnya nak mengimbau kenangan saat aku muda muda dulu. Amat rindu MRSM MUADZAM SHAH dan seluruh alam Muazam. Hmmmm.

Bilik 53 (Aku rindu. Jcha crew haha) : Lily, Echa, Qib, Fatfo

Time ni Form2 kot? Ada aku, Lily Elina, 'Aisyah, Naqib,Fatfo. Ni je rasanya. Hehe. Bilik berapa ae? 53 rasanya. Ehh, time tu zaman kegemilangan Jco coffee and donuts, so Jcha ni ice cream and donuts la. Jcha. Hanya kitorang je tau apa maksud dia. Hee. Semangat woo kitorang. Bilik ni ahh kitorang tido sama sama walaupun bukan roommates. Pulak dah dekat dengan rumah warden. Gi toilet yang dekat tanak, pergi blok lain punya toilet jugak pepagi buta. Siap design baju segala la sebab nak buat Jcha ni. Bisnes lah konon. Hee. Sampai cikgu KH aku cakap "Odah nak jadi pembuat roti ke?" Ehh cikgu ni tahu plak, padahal aku manager, agak agak nak bagi terbakar dapur, bagilah aku buat roti roti ni, meletup oven. K over gilaa. HAHA. And time form 3 kita kan ada belajar Phantom of the Opera kan? Lagu tu ada kitorang tukar lirik jadi lagu Jcha. Nyanyi pastu rekod guna phone. HAHA. Siap design baju lagi tau? Design ada kat aku. Then form 4 semua berpecah. Aku je kat Muazam ): But still, korang memang best ahh (:

Bilik 70 ( Bilik gosip) : Lubna, Fyn, Zainur

Ni zaman muda umur lima belas. Hee. Bilik ni, amat letih sebab ni je blok yang paling hujung plus naik tangga. Aku teringat Zainur, mesti teman aku buat nescafe malam malam. Aku ni cepat ketagih tau. So satu malam aku kadang kadang minum 2 paket nescafe, Water heater memang strategik betul betul sebelah rumah warden. Ada sekali tu, aku tengah letak air panas, dah lepas lights off lah kan, cikgu kuar marah. Shoot, Memang Zainur menyorok, Aku simbah kau dengan air panas karang, HAHA, Ada sekali, roommate aku gila nak buat spa. HAHA. Si Fyn dengan Lubna kot yang gi turun bawah ambil air panas kat heater sebaldi. Berat woo. Aku ngan Zainur, sibuk lipat tilam semua nak bagi space untuk treatment. Alahai, Semangat, bilik ni, kalau bergosip.. Mak aihhh, selokk. Hehe. Ingat lagi waktu N call aku, si Fyn amik cakap ni mak dia la apa laa. Sengal. AHAHA. Lubna pulak kalau nak berbisik dalam bilik, orang luar boleh dengar kot? Haha

Bilik 52 (Bilik Korea) : Nadianabila, Najwa, Maz

Bilik Korea haha. Sebab ni bilik kosong, budak selalu lepak sini kalau nak citer sal Korea. Sini jadi port aku , Nadiana, Chua and Maz jahit keychain kitorang. Memang letih ahh jahit sampai satu malam warden nak ronda. Kitorang susun selipar kat luar macam bilik ni memang kitorang punya. Lama sikit, baru semua lari masuk bilik sendiri. Hee. Bilik ni lah jadi saksi kegigihan Syarikat Sew It MNO kitorang. Hee.

Bilik 22 ( roommate bengong ) : Pikok, Ety, Shasha (Kekadang Yan)

Ni waktu form 5, aku amat laa selalu tergelak. Actually, aku okay dengan Pikah je lah, Tu pun okay gitu gitu je before seroommate ni. Si Ety dengan Shasha lagilahh tak berapa. Tapi siapa sangka perbezaan itu saling melengkapkan? Haihh. Memang katil aku ngan Pikok bertukar tukar ikut mood. Kekadang dia tidur atas katil aku. Kekadang, aku tidur atas katil dia. Kekadang loker pun macam kongsi.  HAHA. Selalu jugak tidur sesama. Dia bercerita sambil tu kitorang sumbat telinga dengar lagu, then Pikok selalu bengang aku tidur time dia tengah cerita. Hee. Si Shasha ni ALK, Ahli Lembaga Koperasi, aku Pengawas je. Level low sikit. Tapi selalu lah spend time sama sama. Hee. Si Ety ni, PLKN pun tercampak sekali dengan aku. Haihh, Memang jodoh ahh kitorang. Pikok ni Fellow, aku ni Bendahari Blok, si Ety tu AJK Rohani. Pikok amat lahh jarang menjerit Lights Off, Hee. I like. Dan, aku pulak orang yang kuat merayap. Sampai bila nak bayar duit, diorang carik aku sampai ke blok A dan blok C. Tau tau je port lepak aku. Hee. And kami warga bilik ni memang kuat merayap. Ada satu malam tu aku langsung tak tidur. Dari blok E, pukul 3 pagi baru habis cerita hantu dengan Pikok. Movie Thailand, Coming Soon.then balik blok B tu, pergi bilik LDP download apa ntah guna laptop Tasha. Si Pikok ngantuk lak. So, dia tidur, Aku yang pemalas, tetiba iron baju kul 3 pagi tu. Sorang sorang lak tu. HAHA. Lagi tak boleh blaa, roommate ni ade ke patut hantu maggie? Sampai makan maggie berasa sabun pun habis tau. Aku dengan Ety lahh. HAHA. Sengal. Ada ke patut si Ety buat maggie dalam bekas sabun serbuk basuh baju? Tapi, memang gembira lah dengan mereka ni. Tak boleh lupa, bilik kitorang depan pagar je, tapi mesti lambat. Hari hari nama aku ngan Pikok macam wajib. Tapi bapak siot nye, ade ke patut aku keluar haritu baru nak tulis nama, sekali dah ada dah awal awal LDP tulis? Puiii. Dah kena cop muka lewat ahh tu. Bila ponteng prep lagila bodohnya, LDP masuk bilik lagi, aku tidur nyenyak dia gerak, tanya akak nak gi prep tak? Macam memberi pilihan kan? Aku gi jawab taknak. HAHA. Si Pikok jangan harap ahh mereka nak disturb, Biar je tidur. Part ponteng yang ni memang tak leh lupa. Hee. Yan selalu lepak sini untuk dengar MP3, tidur dan study.

Bilik 30 ( bilik study, bilik LDP ) : Hana, Intan, Fatin Lelaa

Well, ni bilik belajar aku. Amat lahh sayang bilik ni, Belajar makan gelak semua kat sini. Ada Fatin Lelaa, Intan, Hana. Well, roommate hanya Hana dan Intan, tapi kami berdua tambahan. Tidur aku amat letih sebab tak tutup lampu kan? Takut tak jaga nak stay up. Tapi mostly aku tidur je. Letih sehh. Hemm,Banyak yang diorang ajar aku. Sayang bilik ni. Sayang mereka. 

Bilik 4 (Bilik aku wehh) : Chua, Eppa, Maz,Az,Aeyfae, Yus I

Okay aku amat kuat perasan.Bukan bilik aku. Ni bilik bestie aku si Chua. Bilik Az,Effa and Aeyfae jugak.Tapi turut menjadi bilik aku, Yus I dan Maz. Alahaii,Tidur memang rapat katil ahh. Selalu aku tidur dengan Effa.So roommate bilik ni 7 orang laa, Hee, Sumpah best bilik ni. Jadi tempat lepak movie marathon apa semua. Nak nak reality shows Korea yang memang sengal.Running Man laa, Full House laa, Family Outing laa. Movie Melayu yang jiwang segala. Halahh. Lawak. Kalau malam Sabtu, kitorang tengok ahh cerita hantu memalam. Tapi selalunya aku, Effa and Chua je terjaga. Maz awal awal dah lentok. Dan, kami semua kuat makan. Jangan fikir si keding Aeyfae tu makan sikit. Sila jangan tertipu. Hee.Kitorang memasak tepi blok tauu? HAHA. Lawak je. Beli periuk kat kedai kat Muadzam. Bila outing, yang outing, Aeyfae, Chua selalu beli bahan basah. Aku , Maz and Effa pulak carik kayu api, poyo wehh, HAHA. Pergi buat ekspedisi keliling maktab. Carik limau nipis la, cili ahh, patahkan ranting pokok ceri dekat area lab la, petik buah ceri lah, petik buah betik. Haihh, Mintak sikit cili kat Dewan Selera yang of course tak dapat kan? Then Az lah paling hebat hidupkan api. Susah woo dapur tradisional ni. Dok kibas kibas suratkhabar biar api tu menyala. Bila siap tom yam tu, heaven woo. Menda payah nak dapat kan, so macam sedap gilaaa rasa. Chef kita si Maz ya. Terima kasih. Then gilir gilir pergi DS tapau ayam dengan nasi. Menu hari Sabtu. Hee. Malam tu ronggeng dengan movie marathon. Ahad ada kelas mata macam payah gila nak bukak. Bagus, Tapi bilik ni dah memang macam bilik aku, Sumpahh wehh. Puasa sama sama, apa semua sama sama. Hee. Thanks korang untuk semua.

Okay, post Kenangan ni untuk bilik yang aku kuat lepak ae (: Nanti ada special untuk kelas pulak. Hee. Yang bilik lain tu, aku sayang jugak tapi letih woo tulis bebanyak. Bilik pertama, bilik 51 ada Fatiha Norsip, Wani and Izzati Agus. Amat gembira (:, bilik 53 dengan Mama, Farah and Sue, and bilik KIKA bilik 48 dengan Wani, Chua and Timah. Hee. Gambar nanti kay? Hee.

Thursday 24 May 2012

Personality Test


Assalamualaikum semua. Saya baru je lepas baca blog Ayuni Afiqah tau, and it was so awesome! For me la. Hee. So, saya pun buat test yang dia buat tu.


I am a dreamer. Baca ni lagi.

"INFP(THE DREAMER) : INFPs are introspective, private, creative and highly idealistic individuals that have a constant desire to be on a meaningful path. They are driven by their values and seek peace. Empathetic and compassionate, they want to help others and humanity as a whole. INFPs are imaginative, artistic and often have a talent for language and writing. They can also be described as easygoing, selfless, guarded, adaptable, patient and loyal." 


Wednesday 16 May 2012

A piece of love, dearie

Assalamualaikum

La Tahzan, Innallah Ha Maana. 


Hai pembaca blog serba kekurangan ni. First of all, post ini, untuk Amalina Diana. 
Mak dia sakit. Jom ramai ramai kita doakan. Doa kan senjata kita.


Amalina, sakit tu hapus kan dosa. Jangan sedih. Oh, maaf, Sedih lah. Kan mak awak? Anak mana yang tak sedih kalau ibu dia sakit? Tapi, jangan nangis. Eh, nangis lah kalau boleh buat awak lega. Tapi sayang, senyumlah depan mak. Kerana senyuman anak, menceriakan hati. 

You are not alone dear, you have Allah. Then with that you have everything. Sounds cliche but that's the real deal. You have your family, Eminents. You have us. And, you have DU'A.

" Ya Allah, semoga resah ini pergi dari dalam diri sahabatku ini "

* Liyana, harap awak okay ya? Jangan sedih dah. Dan. ye. Saya tertidur time awak txt.
*Amalina, be strong baby love
*Dan, mane charger tu? Nombor celcom dah berhabuk tk gune.

Tuesday 15 May 2012

Here We Go


Assalamualaikum (: Well, maybe you should pause my cute pink music player on top. Well, that's optional. I f you wanna watch this video. Hee.

I.Am.In,Love.With.His.Voice

Melting.Fainting.Crushing(as in crush, not that crush that could hurt me, crush that liking someone)

 

Like seriously this man, SAM TSUI. A Yale graduate.with great smile, and great voice?

I am so IN LOVE. Haihhh. You are awesome. dude!

I dunnoo why. but his face is nice to look at. He is not deadly handsome or anything. But, he looks sweet and charming.




Nampak tu? Muka dia, haihhh. Aku BM la pulak tetibe. Eii, kacak lah anda.

Ouh, korang, selain Johnny Depp dan Jasper Twilight, saya juga suka ini,

Doctor Spencer Reid

He is an awesome psychiatrist from Criminal Minds series




Hello? I can dream at least? HAHA. 

Reid is cool, and intelligent, and cute.

" Cute man, please be my cute husband? "




Saturday 12 May 2012

Syikin. HAHA

Wehh. Sim Simi ni pandai tau. HAHA



Tengah OTW nak?HAHA. Macam ye je?


Ekingg, Sim Simi tau pasal korang. HAHA. Aku kan? Tak caya tapi Sim Simi ni jujur tau. Nak bukti kejujuran dia? Tengok ni. HAHA



Oh my. Malu lah saya, Kbai

JB dan USS


Assalamualaikum. 

Well, Odah lagi. Yan ni malas menghapdet barangkali. Haha. Haritu modem kena panah petir woo. Lifeless aku kat umah tanpa sebarang connection. So, aku mcm gila menatap skrin handphone mengharap mesej yang takkan mungkin direply kerana tidak ada sebarang kredit.

Haritu kan? Pahang cuti hol wehh. Sayang Ateh aku bawak aku gi jalan. Hikhik, Tampo, sila tampo gelak gedik gitu. We drive, ehh? Ateh drive ke JB WITHOUT GPS. I repeat! WITHOUT GPS. haha. Just call segala orang yang mampu nak tau jalan. Ceh. Biasa je jalan JB, takde la sesat. Konon la, padahal banyak fly over ke ape tu. Nak masuk Melaka dah kitorang. Huhu. Mencari Tune Hotel, macam brrr. Dah nampak je, salah naik fly over, makin jauh kitorang melencong. Macam, brrrrrr, Huh.

Then sampai. Hee. Si Chua ngan Pikah balik kampung haritu. Petang tu Yunie kebetulan lalu, so dia singgah. Dia bawak kitorang gi Angsana.

Maaflah kualiti kamera kite, gambar burok aje. Huu. 

Jalan jalan aje kat situ. Tak beli ape pun. Aku ngan Yunie tengok tengok baju pengantin sambil bergosip gosip setelah lama tak berjumpa. Sambil berborak sambil berjalan, aku pun fikir la kaler ape baju pengantin aku nati ae? HAHA. Kak Teh pulak semangat ngan pesta kraf kat situ. Ade ke eksaited nak beli rotan? Hee. Pastu makan Pizza Hut, hehe. Tajaan TGN. Tuan Guru Naimah.

Hari esoknya

Pergilah USS tersayang (: Weee.

Kat depan ni, since USS tak bukak lagi. Lahaii.

Ride pertama, Awesome. Memang wajib naik!

Human, I almost got killed. Hee. So, lagi satu yang Cyclon. Tergantung. Tengok je pun rasa nak nangis. Takut giler.

Kami lapar. Then makan ni. Sedap woo. Hihi. 

Bagi mengelakkan muntah, kami pun berjalan jalan saje (:


Awww, aku suke gila dapat jumpa penguin ni.

 Dua dua bajet je kat Far Far Away sign ni.

Betty Boop

HAHA. Ni memang rasa nak pengsan la. Alahai, comel la kau Puss. Dah la berbulu. Hehe. First aku nampak dia dari jauh,aku terus tarik akak aku. Then beratur nak amik gamba, tapi hampa. Dia pergi break. Melepas. Sedih gile. Huu. Then gi jalan jalan. Pusing pusing USS, sampai Far Far Away, dari jauh aku nampak bulu kuning kat topi Puss walaupun ditutup ramai orang. Akhirnya, berjaya ambik gambar. Yay.



Yang ni kat Mema, Maritime Experimental Muzium and Aquarium. Mema ni best jugak. Dia ada kasik tempat buat kapal dari kertas, ade sedia krayon semua nak warnakan. Then, ada meja tapi ada skrin, touch screen lagi, boleh main game tapi pasal perdagangan la. Konon kita Palembang ke ape. Aku tak faham, kedai aku dalam game terbakar. Aku givap.
Bergambar kat luar. Tunggu pukul 7.30 nak balik Johor.

Malam tu balik Johor.
Chua text cakap nak belanje makan. First time aku makan mi rebus. Mi rebus tulang. Memang aku jakun tengok ade straw dengan tulang. Tak reti aku makan. Tapi Chua hebat sehh makan. Haha


Chua, ni la kenangan kite. HAHA.Lupa nak amik gamba kau sebab eksaited tengok kau makan. HAHA. Terima kasih Mak Chua, Thanks auntie belanja. Hehe. Nisa dah besar weh, tapi ganas. Takut aku, HAHA.

Haritu amat letih. Esoknya kitorang balik dah (:

Terima kasih Naimah Abdullah. Sayang banyak banyak :* muahh. Sedih yang lain tak dapat join. Hihi

" I love you sistaaahhh, treat me fancy food. I hope you would get a raise so many more fancy food could be spending some time in my tummy inside the luxurious pool of gastric juice "