Monday, 23 July 2012

Kawan Ramadhan

Ehh dah puasa.
I mean, Assalamualaikum, ehh dah puasa.

Kawan dan Ramadhan? Apa yang sama? Yang sama kalau kita niat kerana Allah, dapat pahala, okay. selagi berniat ke arah kebaikan, maka perkara itu adalah ibadah. Amal yang baik bermula daripada niat yang baik.

Hari ini, dah 3 Ramadhan. Tapi tanak cerita pasal hari ni. 

2 hari before puasa
Aku jumpa Fatfo (: Yes, selepas dua tahun yedakk?
Kitorang gossip, makan and so on. Well, aku tunggu dua jam seorang diri tanpa arah tuju sebab Fatfo ada masalah transport. Aku penat survey kasut, baju etc sorang sorang, maka menyinggah lah di tempat duduk depan Famous Amos. Bau kekonon glam biskut tu memang mencabar nafsu aku. Haha. Tapi aku malas nak bangun and beli. Aku sumbat MP3 sambill perhati orang lalu lalang.

*Phone rings* *Caller ID: Fatihah*

"Hello? Kau kat mana? "
"Depan Famous Amos laa"
"Aku LOST ni"

Okay, pelik ke sesat dalam ECM? HAHA. Fatfo ni dah lama tak balik Kuantan, so nut forget it shell (kacang lupakan kulit) laa dia. Tapi, aku pun sesat lepas tu. Hee. Jumpa depan Baskin Robin, memang ada aksi berpelukan kekonon drama. Pastu pergi KFC, si comel belanja. Hihi. Tp before tu pergi beli tiket cerita Batman. Bergosip kat KFC, tapi Ya Rabb kau tahu lah si Fatfo kalau bercakap. Aku rasa macam gosip tu, dia nak share dengan satu KFC. Tak boleh blah, aku nak amik gamba dia. Then, dia cakap, "Malulah, ada laki belakang kau, Nanti dia tengok" Tapi, suara dia yang bak ada amplifier dengan volume terhebat tu, maka laki belakang tu memang lah dengar kan? Haha. Lepas makan, carik Watson. Pusing pusing, turun naik eskelator, then jumpa Watson. Padahal tepi KFC tadi je. K bengang. Sesat dalam mall. HAHA. Nampak sangat buta arah. Then gi Zohor. Pastu time nak tgk Batman, beg aku buat hal tanak terbukak laa time nak bagi tiket tu. HAHA. Dah dia suruh ketepi sebab sekat laluan. Malu okay?

Dalam wayang. Si Fatfo, duk kunyah popcorn nonstop, Sedap sangat agaknya? Lepas tu, aku jadi konfius Batman ni cerita hantu ke apa? Si Fatihah tengok duk tutup tutup mata, main nyorok belakang aku. Heh. Aku pun usap dia tenangkan. Maka, kelihatanlah kami seperti pasangan lesbo paling romantik masa kini. Ciss. Lelaki sebelah aku pandang pelik. Lepastu, laki sebelah Fatfo macam menganjing. Tiba tiba, tengah tengah scene handsome si Batman, azan berkumandang. Ehh? Azan dalam panggung wayang? K, insaf. Tapi dari mana? Rupanya phone mamat sebelah Fatfo yang bunyi. Yup, mamat yang menganjing tu. Si Fatfo lak duk nganjing dia. Bisik kat aku gelak gelak. Sebab laki tu dari luar bersubang apa jadah semua. Never judge from how they look. 

Then, camwhore sikit sikit and aku pun kena balik (:



 Okay, ni lah aku bersama si Fatihah. Mata kiri aku sepet sebenarnya. Bengkak dalam proses nak surut lah kot. Aku ngan Fatfo nak camwhore lagi banyak, tapi malu lah kami in public, dalam surau lak tu. Hihi. Thanks belanja Kepsi, Fatfo (:

Esoknya, aku keluar gi TC. Dengan Syera and Athirah K. Makan aiskrim then jejalan kat pantai. Berborak borak. Lama dah tak jumpa kan? BTW, Syera dapat lesen dah. Congrats (: Kat pantai just ambik ambik gambar je. Kenangan kan? Hee. And si Athirah, semangat promote Neda, brand tudung akak dia jual. Sila usha sendiri link di bawah.
::
::
::
\/
http://neda-style.blogspot.com/


Sorry kualiti gambar yang agak brr ini. Hihi. Ni Athirah yang baju merah tu, and si kecil tu Syerah. 

Old schoolmates, new memories, forever friends.. insyaAllah (:





Apa yang aku nak cakap , even takde lah selalu contact mana pun kawan kawan tu, tak bermaksud dia lupa kita. Dan, tak semestinya kawan yang kita percaya dan sayang sangat tu, takkan lukakan kita.

"Everyone is gonna hurt you, just find out who is worth the pain"

Dan Ramadhan kali ini. Hambar ke? Tak tahu lah. Tapi yang pasti dah Ramadhan. Bulan yang indah. Alhamdulillah Allah pertemukan lagi.

Happy fasting everybody (:

Love, me.

p/s: Yan, oh Yan. Aku takde kredit dan malas berkredit.

No comments:

Post a Comment