Sunday 29 July 2012

I felt so left out

Salam. Salam Ramadhan guys.

OH MY, I AM EMOTIONAL. SO THAT MAKES, THIS IS ONE EMOTIONAL POST.

I FELT ABSOLUTELY LEFT OUT !

OKAY, I LIED.

Put the story short, my classmates, I mean, ex classmates actually had their iftar together. And, I am jealous. Well, that's all. Hmmm. I don't know. It is a stupid thing. I'm being all dramatic. Like " Oh my oh my, I am so jealous" ,  " Huuuuu, how I wish I was there with them" or even " I WANNA GO TOO!!!!!!

Well, at first, Aiman whatsapp-ed me. Telling me that he is at Mid and found some of the classmates. Then, I felt jealous. I wanna meet them too. Then, Zahid uploaded some of their pictures into the Ad-Dinawarians Group. Okay, kinda jealous. And then, Ayuni actually made an album of their so called reunion. MAJOR JEALOUSY.. Hihi. Yup, Imma jealous type. 

So here is some pictures I actually STEAL from Yunie's album.

And these four sweet ladies are Dayah, Fieqa, Yunie and Nad. All of them are from UIA. Whoa!! UIA okay? Hihi. 


And those girls with the others. From left is Daniel, Zahid and Aiman. Daniel is now at UM, same class with Fitri, Then Zahid now is at Uniten, He sells phone. And Aiman now, studying at UTP.

 And that is Kosong, or his name is Hafiz. He is not my classmate tho. And again, Daniel and Aiman. Daniel is a great tennis player, and he got dimples. Cute aite?

You know what? They did not plan this. They met by accident. I find that is something very sweet, This is not "luck" but Allah's "Will". In this holy month of Ramadhan, they met and had their iftaar together, strengthening their bond of friendship.

The title "I felt so left out" , I lied. I am jealous. That's all. I am jealous because I care. 

And I can't attend to the most glamorous event of the year, that limelight event of #IftarMRSMMuadzam0711 . And I missed this iftar. Well, I'm fine except for the fact of the overwhelmed jealousy. And yeahh, I'm okay. 

Oh, I got my license already. And I only need to take that test once. Alhamdulillah. I always imagine myself failing. 

And, yeahh. Hey ex classmates. Miss you guys. At least while on the phone, I could heard you guys were chatting. Yeahh, I could imagine the situation as if I was there.

Much love, me. Till Jannah I hope you guys would be blessed. Amin.

"You can't claim love towards other Muslims if you didn't even make du'a for them"

I kinda, a lil bit, had this tiny feeling of missing my homeroom and classmates. 

Monday 23 July 2012

#RamadhanDiMRSM





Apa motip duk printscreen bebanyak page Twitter yang ada #RamadhanDiMRSM ni? Sebab, rindu. Lawak jugak tengok apa yang diorang tulis. Budak laki lah especially. 

Puasa kat maktab. Guna tray. Ada tudung saji warna warni. Men cop cop meja. But before ada tudung saji tu, kitorang bungkus tray pakai surat khabar je. Hee. Outing ke bazar boleh kata hari hari jugak la. Nak ikut blok tu, macam... kekadang je. Hihi. Time form five, buka puasa, duduk dekat dengan meja warden tu harus. Sebab kalau diorang dah blah je, lelaju kitorang amik ayam ayam lebih la, jag air yang berais tu, dan jugak kuih segala yang ada atas meja. HAHA. Agak selokk di situ.

Ya Allah, kalau sahur, aku agak aktif laa. Si Pikah cakap aku pelik, pagi buta mata luas je celik, time after isyak kat prep, mesti muka macam nak mampus. So, tidur, Tak kira lah puasa tak puasa ke, Sama. Time sahur, baju pelik pelik. Kisah apa, asal sahur, makan, balik. Tu je, Dengan baju tidur pun jadi je pergi kekadang. Tudung sehancur hancurnya. Budak laki punya lah berkain pelikat semua. Teringin jugak aku pergi berkain batik je, tapi risau takut takut terlondeh. K tipu, tak bawak pun kain batik gi maktab.

#RamadhanDiMRSM waktu Form Three. Ya Rabb, aku amat sayang 305 sebab mereka amat sengal.
Kalau time perempuan outing, diorang semangat nak kirim, siap bagi upah lagi. Tapi kalau diorang outing gi bazaar, terus semangat tanya siapa nak kirim, and yess. Tanpa upah. Betapa baiknya lelaki kelas 305. Then, main tukar tukar nama makanan kat bazaar. Roti Boom. Hee si Aiman Zin, kalau nak kirim kat orang, mesti cakap nak Roti Boom Boom Pow, sambil nyanyi lagu Boom Boom Pow tu. HAHA, Lepastu, air soya jadi air soya santan. Sebab kaler putih kan? Aiman kirim kat Chua, air soya santan, soya santan taau? Si Chua dengan innocent tanya macik jual soya tu, saya tanak soya ni, nak soya santan. Lahaii. HAHA.

 Tapi kelas ni kalau bab makan memang gilaa ahh. Kau bawak kuih raya, letak atas meja, keluar kelas jap. Masuk je, dari penuh tinggal separuh. Nak nak si Epul tu haa.Kadang kadang kau bawak makanan, kau kat luar kelas dah dengar "terima kasihhh" kuat kuat. Haha. Takut nak masuk kelas. And, memang budak kelas ni, lepas berbuka, gi magrib, then gi kelas makan lagi, then after terawih makan lagi.Tapi tu yang seronok. Makan reramai. Gelak gelak, berebut rebut. Lubna time ni roommate aku. Hee. Fatin Laila sekelas ni, baru rapat ngan Lela (: Dulu suka tengok Madi gegedik ngan Azmi time bawak kek yang Madi buat tu. Pastu ada Boyer jugak, Syikin Zamri. Fikri,Pelamm. Ada Syeraah, Ada ramai ahh, Yunie, Husna yang memahami. K letih nak tulis semua. HAHA.Nasa,Reza,Bob,Acap. Ada Naduk, Lili yang ngengada. Hee. Ofc, ada si Fahmi and Hanis. Ada kawan baik si Doc ngan si Diva yang semangat bergaya ni. Bayor dengan aku time ni rasanya tak sempat sekelas.

Tapi serious. Amat rindu puasa kat maktab. Di mana perempuan bajet anak raja bak kata si Botak, sebab laki makan bersila, perempuan ada meja. Hee. Dengan tudung saji cecantik warna warni kat DS. Okay rindu. Sumpah best kat Maktab. Tapi tipulah kalau kata lagi best dari bukak kat rumah kan? Family is everything. Hee. Rindu itu ada dekat maktab, tapi yang lepas tu lepas kan? Biar kenangan je. Bila rindu, ingat, then senyum (: Happy Ramadhan.

Kawan Ramadhan

Ehh dah puasa.
I mean, Assalamualaikum, ehh dah puasa.

Kawan dan Ramadhan? Apa yang sama? Yang sama kalau kita niat kerana Allah, dapat pahala, okay. selagi berniat ke arah kebaikan, maka perkara itu adalah ibadah. Amal yang baik bermula daripada niat yang baik.

Hari ini, dah 3 Ramadhan. Tapi tanak cerita pasal hari ni. 

2 hari before puasa
Aku jumpa Fatfo (: Yes, selepas dua tahun yedakk?
Kitorang gossip, makan and so on. Well, aku tunggu dua jam seorang diri tanpa arah tuju sebab Fatfo ada masalah transport. Aku penat survey kasut, baju etc sorang sorang, maka menyinggah lah di tempat duduk depan Famous Amos. Bau kekonon glam biskut tu memang mencabar nafsu aku. Haha. Tapi aku malas nak bangun and beli. Aku sumbat MP3 sambill perhati orang lalu lalang.

*Phone rings* *Caller ID: Fatihah*

"Hello? Kau kat mana? "
"Depan Famous Amos laa"
"Aku LOST ni"

Okay, pelik ke sesat dalam ECM? HAHA. Fatfo ni dah lama tak balik Kuantan, so nut forget it shell (kacang lupakan kulit) laa dia. Tapi, aku pun sesat lepas tu. Hee. Jumpa depan Baskin Robin, memang ada aksi berpelukan kekonon drama. Pastu pergi KFC, si comel belanja. Hihi. Tp before tu pergi beli tiket cerita Batman. Bergosip kat KFC, tapi Ya Rabb kau tahu lah si Fatfo kalau bercakap. Aku rasa macam gosip tu, dia nak share dengan satu KFC. Tak boleh blah, aku nak amik gamba dia. Then, dia cakap, "Malulah, ada laki belakang kau, Nanti dia tengok" Tapi, suara dia yang bak ada amplifier dengan volume terhebat tu, maka laki belakang tu memang lah dengar kan? Haha. Lepas makan, carik Watson. Pusing pusing, turun naik eskelator, then jumpa Watson. Padahal tepi KFC tadi je. K bengang. Sesat dalam mall. HAHA. Nampak sangat buta arah. Then gi Zohor. Pastu time nak tgk Batman, beg aku buat hal tanak terbukak laa time nak bagi tiket tu. HAHA. Dah dia suruh ketepi sebab sekat laluan. Malu okay?

Dalam wayang. Si Fatfo, duk kunyah popcorn nonstop, Sedap sangat agaknya? Lepas tu, aku jadi konfius Batman ni cerita hantu ke apa? Si Fatihah tengok duk tutup tutup mata, main nyorok belakang aku. Heh. Aku pun usap dia tenangkan. Maka, kelihatanlah kami seperti pasangan lesbo paling romantik masa kini. Ciss. Lelaki sebelah aku pandang pelik. Lepastu, laki sebelah Fatfo macam menganjing. Tiba tiba, tengah tengah scene handsome si Batman, azan berkumandang. Ehh? Azan dalam panggung wayang? K, insaf. Tapi dari mana? Rupanya phone mamat sebelah Fatfo yang bunyi. Yup, mamat yang menganjing tu. Si Fatfo lak duk nganjing dia. Bisik kat aku gelak gelak. Sebab laki tu dari luar bersubang apa jadah semua. Never judge from how they look. 

Then, camwhore sikit sikit and aku pun kena balik (:



 Okay, ni lah aku bersama si Fatihah. Mata kiri aku sepet sebenarnya. Bengkak dalam proses nak surut lah kot. Aku ngan Fatfo nak camwhore lagi banyak, tapi malu lah kami in public, dalam surau lak tu. Hihi. Thanks belanja Kepsi, Fatfo (:

Esoknya, aku keluar gi TC. Dengan Syera and Athirah K. Makan aiskrim then jejalan kat pantai. Berborak borak. Lama dah tak jumpa kan? BTW, Syera dapat lesen dah. Congrats (: Kat pantai just ambik ambik gambar je. Kenangan kan? Hee. And si Athirah, semangat promote Neda, brand tudung akak dia jual. Sila usha sendiri link di bawah.
::
::
::
\/
http://neda-style.blogspot.com/


Sorry kualiti gambar yang agak brr ini. Hihi. Ni Athirah yang baju merah tu, and si kecil tu Syerah. 

Old schoolmates, new memories, forever friends.. insyaAllah (:





Apa yang aku nak cakap , even takde lah selalu contact mana pun kawan kawan tu, tak bermaksud dia lupa kita. Dan, tak semestinya kawan yang kita percaya dan sayang sangat tu, takkan lukakan kita.

"Everyone is gonna hurt you, just find out who is worth the pain"

Dan Ramadhan kali ini. Hambar ke? Tak tahu lah. Tapi yang pasti dah Ramadhan. Bulan yang indah. Alhamdulillah Allah pertemukan lagi.

Happy fasting everybody (:

Love, me.

p/s: Yan, oh Yan. Aku takde kredit dan malas berkredit.

Wednesday 11 July 2012

Missing you


Ni Syikin Zamri. Rindu dia. Enough said.