Aku nak berbahasa Melayu. Saya baru sahaja tenang setelah ditolak sama sekali, tidak diberi peluang untuk Matrikulasi. Saya sabar. Enam A, mungkin tidak cukup bagus untuk mendapat tempat, Mungkin saya, err? Mungkin aku persiakan masa silam aku waktu aku tingkatan empat dan lima. Memang, aku hilang langsung semangat belajar. Saat genting , sebulan sebelum peperiksaan besar, baru aku betul betul sedar, ada semangat nak belajar. Jadi demi Allah, enam A yang Allah kurniakan sudah lebih dari cukup. Kerana ini adalah usaha yang dibuat saat akhir.
Dalam post sebelum ni, aku ada cakap aku kecewa tak dapat matriks, tapi mungkin dapat UPU, kawan kawan aku cuba beli jiwa sedapkan hati. Tapi, hakikatnya, aku tak dapat UPU jugak. PLKN bagi senang masuk U? Pandai tanam tebu tepi bibir kan? Tapi aku tak suka tebu lahh . Asasi bahasa pun tak layak untuk enam A macam aku mungkin?
Aku tak bersyukur ?
Ouh, nauzubillah. Mintak dijauhkan. Aku bersyukur, alhamdulillah. Tapi aku tak boleh tipu hati ni. Kecewa, ya, Amat kecewa. Tapi aku percaya Allah ada jalan lain untuk aku. Allah itu Maha Adil.
Cuma, aku agak terkilan dengan sesetengah orang. Sesetengah ye? Sila faham.
Aku tersenyum, " Kau tak risau ke? Kau ni tak serius la. Ni masa depan kau"
Aku muram," Kau ni, bersyukur lah sikit. "
Aku tanpa perasaan, emotionless, poker face. " Kau ni? Apa nak jadi? "
Kadang kadang aku jawab, " Aku tanak buat rayuan, aku merajuk dengan Kementerian Pelajaran, nak diorang yang merayu kat aku." Merepek, tapi aku gembira.
Hell? Risaukan kau lah, baru risau kan aku. Bukan apa, kau tak faham aku rasa apa. Jadi jangan nak tunjuk pandai. Mungkin aku yang nak marah tetiba, tapi kau dah tau aku tak dapat mana mana.
So why don't you just drop the subject when I asked you to ? I even asked for your permission. Don't you realized that? I even asked you nicely to stop irritating me.
Allah ada jalan lain untuk aku, Dia sayang aku, jadi dia bagi ujian. Kau, tolong jaga hati aku sikit ya? Sakit tahu tak? Rejection hurts,badly. Cukuplah waktu tu aku nangis macam ape, sekarang biar aku gembira.
"There's a HUGE different between being supportive and caring than plain annoying. I knew better, I was the Master of Annoyance. "
Allah ada jalan lain untuk aku, Dia sayang aku, jadi dia bagi ujian. Kau, tolong jaga hati aku sikit ya? Sakit tahu tak? Rejection hurts,badly. Cukuplah waktu tu aku nangis macam ape, sekarang biar aku gembira.
" Jangan cakap kau faham selagi kau tak pernah rasa sebab sebanyak dan sesusah mana pun kau cuba, faham tu kau tak akan dapat. "
No comments:
Post a Comment