Sunday, 22 April 2012

Kembara Mentakab

 Well, assalamualaikum innocent humans who read this blog (:

Okay, harini aku nak cerita pengalaman aku keluar di Mentakab bersama dua orang sahabat AmalinaDiana dan SyafiqahAmalina.

Latar tempat : StarMall

Maka abang aku pun menghantar aku ke destinasi. Sesampainya di sana, mata mula meneliti setiap sudut. Cuba menjejak kewujudan entiti Amalina dan Sapikah. Ouh, mata membuat pusingan U atau nama femes , U turn, tapi kelibat masih tidak kelihatan. Telefon selular masih erat di tangan, menanyakan itu ini. Debaran kencang mulai terasa. Aku tertipu ! Mana mereka ?

Keluar entah dari mana kelibat mereka yang diburu. Bagus, tempo debaran jiwa mulai berkurang. Senyuman mulakan mekar di bibir. Tersengih sengih dua penduduk Mentakab melihat lalu menyambut kedatangan tetamu kehormat dari Kuantan. Siapa ? Akulah wehh , sapa lagi hang piker ? Me , of course ME ! Kay, overwhelmed with self kejap. That is so not healthy. HAHA. Aku bukan nak ape sangat, cukuplah sekadar ade red carpet, tapi takde. Tak ape lah Amalina and Pikah kalu tade pun aku tak kisah.

Kami pun berjalan jalan sekitar tu, tu tu maksudnye StarMall lah. Borak borak. Gossips. And so on lah kan. Sampai lah acara yang menjadi idaman semua orang, MAKAN. Ooops. Sebelum itu yea adik adik , akak telah membeli tiga tiket untuk menyaksikan cite omputeh. Yeahhh . Bajet best tanak sokong filem melayu . HAHA, So we bought 3D ticket for Wrath of the Titans. Cehh , minah salleh mane pulak ni. Hehe. Then , favourite part. MAKAN.

Perjalanan memburu makanan.

Hari minggu lah katekan.Ku lihat kiri, McD penuh. Ku toleh kanan Kepsi sesak. Jalan yang lurus Allah nak tunjuk mungkin? Depan tu stret ade Noodle Station. Perjalanan diteruskan kerana cair dengan suara perut yang merayu manja.

Aku kenyang sebenarnya. So aku mintak dessert je. Pengaruh innocent aku lagikan kuat. HAHA. Mereka turut meminta dessert semata mata. Sapikah as known as Mama mintak Banana Split. Aku and Amalina mintak Butter Scotch.

Muka masing masing bersama manisan masing masing. Muka aku masam. HAHA.

Setelah itu, kami berjalan sekitar StarMall yang separuh siap. Aku serius. Seumur hidup aku ni la first time ada mall yang separuh siap tapi dia bukak jugak. Freaky je.

" Sini ade surau tak? Lepas ni nak tgk wayang tak sempat kalau tak Zohor dulu"

Soalan bernas daripada aku. Terimakasih kepada diri yang memuji diri sendiri.

Penerokaan mencari surau. HAHA. Lawak bodoh yang amat. Tiada ya sebarang surau. Mungkin patut kami masuk ke lot bangunan yang separa siap dan berjemaah di situ? Okay, amat tak relevan.

Konflik:

Tiada surau di dalam StarMall

Wayang akan mula dalam 20 minit

Amalina ajak berjalan kaki kerana Dalila yakni adiknya memberi respon " kiblatlah hadap wayang . nak sangat kan tengok wayang "

Serius, Dalila amat fail dalam bidang pemberian sokongan moral

Perjalanan mengambil masa lama

Peleraian:

Pulang menaiki kereta mak ayah Sapikah ke rumah Tok beliau semata mata untuk solat.



Sempat kami abadikan beberapa kenangan sebelum sampai ke destinasi untuk solat (:


Sebabkan kami amatlah nak solat. Lambat laa masuk wayang. Janji solat,

First time bagi Amalina dan Sapikah memakai 3D glasses. Masuk2 je cite tu stat syirik. Aku ngan Amalina istighfar. Heheh. Bole tahan laa citer tu..Hee.
Efek 3D ni membuatkan aku memegang tangan Amalina erat. Takut konon. Ceh. HAHA.

Usai sahaja menonton perkara lagha tersebut, Sapikah belanja aku donut. Lebiuu.

Dan aku pulang dihantar Mak Amalina. Terima kasih mak cik (:

Thanks Amalina and Syafiqah for spending some time. 

" As sweet as sugar and everything nice, the smile on both of your faces hold the ace. Thanks for being my friend and act like one. I do appreciate. I hope I could be the sky, who would know where you are, so I could order my clouds to give you a good shade of comfy "

Hee. Liyana sayangku (: Esok saya cerita pasal Aliff Danial datang rumah saya (:



No comments:

Post a Comment